DESIGN LOGO 1
POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
 

Unit Penyelidikan Inovasi dan Komersialan

ICORTVET


Screenshot 2024-11-28 170028
ICORTVET 2018 
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis baru-baru telah menganjurkan “International Conference On Research In TVET Studies 2018” (ICOR TVET) yang berlangsung di Bandaraya Ho Chi Minh ,Vietnam pada 10 September 2018. Seminar ini telah diadakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan juga IPN Education Group (IPN.org). Ini merupakan kali kedua pihak PTSS berkerjasama menganjurkan seminar diperingkat antarabangsa. Tema seminar ini ialah “Leveraging TVET”. Dalam seminar yang diadakan ini sebanyak 72 kertas penyelidikan akan dibentangkan. Politeknik Malaysia dan Kolej Komuniti membentangkan sebanyak 69 kertas penyelidikan, 1 kertas penyelidikan dibentangkan dari Universiti Putra Malaysia dan 2 dari univeristi luar negara iaitu dari Bangladesh dan Jepun. Walaupun baru kali kedua PTSS mengadakan seminar ini diperingkat antarabangsa, ianya telah menarik minat universiti dari luar seperti dari Bangladesh dan Jepun untuk turut sama menyertai seminar yang diadakan ini. PTSS berharap seminar yang diadakan ini akan menarik minat lebih ramai lagi pensyarah dari PTSS, Politeknik Malaysia, Kolej Komuniti Malaysia dan juga universiti lain untuk menulis kertas penyelidikan dalam bidang TVET bagi memperkasakan TVET di Malaysia. Ucaptama seminar ini telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia(Governan) , Ts. Haji Mohamad Amin Hamat dengan tajuk “Leveraging TVET”. Kejayaan penganjuran Seminar “ICOR TVET 2018” ini merupakan sesuatu yang bermakna kerana ia telah berjaya memperkenalkan PTSS dan negara Malaysia di peringkat antarabangsa dan juga mengharumkan nama negeri Perlis dimana terletaknya PTSS sebagai salah satu daripada pusat pendidikan TVET.
Screenshot 2024-11-28 165337
ICORTVET 2017
International Conference on Research in TVET Studies* (ICOR-TVET) Date: 3-5 Nov 2017 Venue: Rajamangla University of Technology (RMUT), Bangkok Organiser: IPN Coorganiser: PTSS & Rajamangla University of Technology.