DESIGN LOGO 1
POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
 

Unit Penyelidikan Inovasi dan Komersialan

Aktiviti 2023

#2023

Terbitan Jurnal IJRIM

Screenshot 2024-11-25 122318
Dr Intan Shafina Suid

Chief in Editor PTSS

#2023 IPROPEX 2023
ARAU, 24 Mei 2023 - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah mengadakan Program Innovation, Project Presentation and Exhibition (iProPEx) 2023. Majlis disempurnakan oleh Puan Yusma binti Yusof, Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti (BKIK), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). iProPEx menjadi satu medan untuk pihak industri menilai dan menimbang sama ada projek pelajar yang dipamerkan berkualiti, mempunyai nilai komersil dan relevan dengan teknologi masa kini. Penilaian yang dilaksanakan melibatkan pihak industri yang dilantik mengikut bidang dan penilaian utama dilaksanakan oleh pihak MARA dalam aspek keusahawanan. la bagi merealisasikan pelaksanaan Lonjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PendidikanTinggi atau PPPM (PT) iaitu melahirkan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berkualiti melalui perkongsian dan kolaborasi pintar dengan pihak industri yang berkaitan dengan 16 program yang ditawarkan di PTSS. Sebanyak 107 pemeran iProPEx daripada enam jabatan di PTSS dan 27 produk pameran daripada delegasi antarabangsa iaitu dari Universitas Budi Darma (UBD), Institut Teknologi dan Bisnes Asia (ITBA) dan Universitas Islam Sumatera Utara (UISU), Indonesia dipamerkan. iProPEx adalah acara tahunan yang dianjurkan di peringkat PTSS dan tahun 2023 menyaksikan penganjuran iProPEx buat kali ke-11.
Screenshot 2024-12-05 104501
Mesyuarat UPIK 2023
Mesyuarat Secara Atas Talian diadakan pada 19 October 2023
Screenshot 2024-12-05 111207
Pembangunan Sistem Penjurian KIKHB
Bengkel Pembangunan Sistem Penjurian KIKHB 2023 diadakan pada 26 Julai 2023 di Pauh Inn PTSS.
Screenshot 2024-12-05 111443
Mesyuarat KUPIK Zon Utara 2023
9 Mei 2023 - PTSS sebagai tuan rumah Mesyuarat KUPIK Zon Utara, Zon Pulau Pinang
Screenshot 2024-12-05 111607
Bengkel KIKHB Zon Utara
28.02.2023 Hari pertama Bengkel KIK Horizon Baru Zon Utara Kedah/Perlis berlangsung.