Senarai Tugas

Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan (UPIK) telah ditubuhkan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) pada Julai 2009 dengan nama Unit Penyelidikan dan Inovasi (UPI) pada awalnya. Ia berperanan sebagaimana di universiti sebagai satu pusat kajian iaitu Research Management Center (RMC). Ia bertujuan untuk mendorong dan menggalakkan pensyarah-pensyarah melakukan penyelidikan serta mengamalkan pengajaran berasaskan penyelidikan. PTSS seperti mana politeknik-politeknik lain berpotensi memberi sumbangan signifikan dalam sistem penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan dengan pelbagai bidang ilmu, kepakaran dan infrastruktur yang ada.

JAWATANKUASA

  1. Panel Perunding
    1. Terdiri daripada semua PPPT berstatus PhD sewaktu di PTSS atau pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam penyelidikan, inovasi atau komersialan.
    2. Menyediakan rundingan, nasihat dan khidmat sokongan yang diperlukan kepada PPPT dan staf bukan akademik yang merancang untuk melaksanakan aktiviti penyelidikan, invasi dan pengkomersialan.
    3. Antara aktiviti perundingan, nasihat dan khidmat sokongan yang boleh dibekalkan adalah seperti berikut:
      • Penulisan termasuk format penulisan, teknik penulisan, penerbitan dan sebagainya.
      • Inovasi termasuk penulisan laporan, kajian eksperimen, permohonan geran dan sebagainya.
      • Pengkomersialan termasuk perancangan pengkomersialan, perjanjian dan sebagainya.
  2. Penyelidikan
    1. Geran
      • Penyelarasan hal ehwal urusan geran penyelidikan dari segi perancangan, permohonan dan laporan.
    2. Penerbitan
      • Pengeluaran jurnal/prosiding/e-jurnal.
      • Perancangan aktiviti penyelidikan meliputi penganjuran persidangan (contoh: NACRI) dan penerbitan ilmiah.
      • Penyelarasan KPI berkaitan penerbitan.
      • Pengemaskinian data berkaitan penerbitan bersama disalurkan kepada Jawatankuasa Bank Data.
  3. Inovasi/KIK
    1. Pemantauan berkala pelaksanaan projek inovasi dan KIK.
    2. Penyelarasan dan pemantauan aktiviti inovasi pensyarah.
    3. Penyelarasan dan pemantauan aktiviti projek akhir pelajar.
    4. Pengemaskinian data berkaitan inovasi bersama disalurkan kepada Jawatankuasa Bank Data.
  4. Pengkomersialan/IP
    1. Pengenalpastian projek berpotensi daripada penyelidikan dan inovasi untuk tujuan pengkomersialan.
    2. Penyelarasan urusan berkaitan harta intelek.
    3. Pembangunan perancangan perniagaan (business development plan).
    4. Pengurusan pelesenan teknologi.
  5. Pentadbiran
    1. Setiausaha
      • Pengurusan latihan berkaitan peningkatan kompetensi staf dalam penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan.
      • Hebahan berkaitan projek penyelidikan dan inovasi daripada pihak luar.
      • Penyediaan dan pemantauan pelaksanaan aktiviti UPIK berdasarkan kepada dokumen kawalan dalaman.
      • Penyediaan surat rasmi berkaitan penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan seperti lantikan jawatankuasa.
      • Pengemaskinian pemfailan dokumen yang sistematik.
      • Penyelarasan pengurusan kewangan berkaitan unit dan aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan.
  6. Bank Data
    1. Pengemaskinian data untuk sistem yang dibina atau digunapakai seperti polyPMO, SYRi, iPROSys dan sebagainya.
    2. Pengumpulan data berkaitan staf sama ada dalam penyelidikan atau inovasi secara berkala bersama Jawatankuasa Penerbitan/Inovasi.
You must be logged in to post comments on this site - please either log in from the Login box or from here.


No messages yet.

Recent Posts

Poll

Poll: Adakah anda pernah menggunakan perkhidmatan di UPIk PTSS

Chatbox

You must be logged in to post comments on this site - please either log in from the Login box or from here.


No messages yet.