Fasiliti Keusahawanan

Pusat Keusahawanan PTSS menyediakan pelbagai fasiliti yang menyokong aktiviti latihan, inovasi dan operasi perniagaan pelajar.

  • Pusat Keusahawanan
  • Dagang Pro
  • MCC
  • Webiture
  • Mechawork
  • Bee
  • EzyCube

Unit Keusahawanan

Menyediakan perkhidmatan nasihat dan rundingan kepada pelajar dalam aspek perniagaan.

Siswawalk

Gerai untuk para pelajar menjalankan perniagaan di dalam kampus

Papillion

Ruang niaga yang disediakan khusus untuk para pelajar kurang upaya dalam bidang Sijil Kemahiran Katering

Pejabat Pengurusan

Ruang pejabat pengurusan yang disediakan untuk membuat perbincangan, perancangan dan penyediaan dokumen pelaksanaan

Hidroponik Berteknologi IoT

Fasiliti penanaman sayuran menggunakan teknologi Internet of Things (IoT) bagi menghasilkan hasil tanaman yang berkualiti dan sihat

Ladang Harumanis

Perusahaan pokok harumanis sebanyak 150 pokok di sekitar PTSS bagi melahirkan usahawan dalam pertanian moden

Pusat Percetakan

Pusat operasi bagi inkubator MCC untuk membantu para pelajar menyediakan perkhidmatan percetakann dan fotokopi kepada pelanggan

Fasiliti Multi-Camera Production (MCP)

Menyediakan kemudahan lengkap dalam pengurusan acara yang melibatkan proses merekod dan menyunting video serta penstriman LIVE

Studio Recording

Kemudahan lengkap yang disertai dengan teknologi dan alatan terkini bagi penghasilan bahan produksi berkualiti seperti Rakaman Ucapan VVIP antaranya DYTM Raja Muda Perlis.

Kelengkapan VR

Menyediakan kelengkapan VR untuk tujuan promosi dan penjanaan kewangan melalui video-video yang dibangunkan untuk industri.

Pejabat Webiture Enterprise

Menyediakan ruang pengoperasian yang lengkap untuk kemudahan Teknologi Maklumat untuk pembangunan website, sistem dan penyelenggaraan perkakasan komputer.

Makmal Komputer

Makmal yang dilengkapi dengan fasiliti yang terkini bagi menampung keperluan kursus dan latihan dalam bidang Teknologi Maklumat

Pusat Jualan dan Penyelenggaraan Komputer

Pusat yang menyediakan perkhidmatan untuk membaik pulih komputer, cetakan dan jualan komputer kepada pelanggan.

Kiosk Perniagaan

Kiosk yang disediakan untuk para pelajar inkubator berinteraksi mempamerkan produk jualan,berinteraksi bersama pelanggan, menerima sebarang tempahan, dan membuat promosi jualan.

Pencetak 3D

Kemudahan percetakan 3D yang boleh digunakan untuk kursus anjuran inkubator pelajar bersama komuniti.

Bengkel Kimpalan

Bengkel yang dilengkapi dengan alatan kimpalan bertaraf industri bagi penganjuran kursus-kursus bertaraf global seperti kimpalan 6G.

Lif Automatik

Produk yang dibangunkan oleh tenaga pakar daripada Mechawork Ventures bagi disewa untuk acara dan program syarikat.

Bengkel Gegas

Bengkel yang dilengkapi dengan kemudahan seperti Miling Machine dan Grinding Machine untuk tujuan penggunaan semasa penganjuran kursus.

Coffee Shop

Kemudahan yang dilengkapi dengan mesin pembancuh kopi khusus disediakan kepada inkubator pelajar bagi menjalankan perniagaan berasaskan jualan kopi dan barista.

Industrial Kitchen

Dapur yang dilengkapi kemudahan yang mengikut spesifikasi industri bagi tujuan latihan penyediaan makanan dan minuman serta kegunaan acara luar.

Kayak

Kemudahan yang dibuka untuk sewaan dan kegunaan program luar yang melibatkan acara air. PTSS juga menyediakan tenaga pakar untuk melatih para peserta.

Ruang Makan

Ruang makan yang luas yang mampu menampung kapasiti tetamu yang banyak bagi penganjuran acara dan program bertaraf antarabangsa.

Dewan & Bilik Seminar

Dewan dan Bilik Seminar ini dibuka untuk tempahan bagi penganjuran acara, program dan jamuan syarikat. Pelanggan boleh menempah pelbagai jenis dewan dan bilik seminar mengikut kapasiti yang diperlukan.

Pauh Inn Educational Centre

Pusat latihan hospitaliti di bawah PTSS yang berfungsi sebagai platform pembelajaran berasaskan amali kepada para pelajar yang juga menerima tempahan daripada masyarakat umum.

Bengkel Elektrik

Bengkel yang menyediakan kemudahan untuk pemasangan dan pengujiaan perkakasan yang juga digunakan untuk kursus-kursus kemahiran seperti pemasangan dan pengujian robot dan dron.

Makmal Komputer

Makmal komputer yang lengkap dengan perisian yang terkini untuk digunakan bagi kursus-kursus berasaskan elektrikal seperti Internet of Things dan AutoCad.