Majlis Penyerahan Geran Penyelidikan TVET Applied Research Grant Scheme (T-ARGS) 2020

geran1.jpg

16 Jun 2020 telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Geran Penyelidikan TVET Applied Research Grant Scheme (T-ARGS) 2020 secara dalam talian. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Ts. Dr. Mohammad Naim bin Yaakub, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Sebanyak dua (2) projek penyelidikan daripada Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah diluluskan. PTSS menerima dua geran daripada 14 projek penyelidikan yang telah diluluskan bagi fasa 2020 ini. Penerima geran yang pertama ialah, projek Development of Real-Time Monitoring System for Pest and Disease Control in Mango Farm using Integration of Mobile Robot and IoT Technology. Geran penyelidikan ini berjumlah RM 57,000. Penyelidikan ini diketuai oleh Encik Mohd Amirul bin Johari dan ahli-ahlinya terdiri daripada Encik Hashimi bin Lazim, Dr. Syahrul Hi-Fi Syam bin Ahmad Jamil, Ts. Erdy Sulino bin Mohd Muslim Tan dan Encik Mohd Yuzaidi bin Azmi.

Geran yang kedua ialah kepada projek penyelidikan Sistem Penimbang Ikan Bersepadu dengan nilai geran sebanyak RM 66,000. Ketua penyelidik projek ini ialah Encik Mohd Zahri bin Jaafar dan ahli-ahlinya ialah Puan Nazni Hani binti Arshad, Encik Azahar bin Mohd Noor, Encik Muffili bin Mahadi dan Puan Noor Fadzilah binti Mahamad.

TAHNIAH diucapkan kepada semua penerima Geran Penyelidikan TVET Applied Research Grant Scheme (T-ARGS) 2020. Penyelidikan ini diharap dapat meningkatkan kolaborasi yang berfokus dan pemindahan teknologi yang bersesuaian untuk membantu meningkatkan perusahaan kecil dan sederhana serta perkongsian ilmu kepada pendidik dan juga komuniti yang berkepentingan. Semoga kedua-dua projek ini dapat dijalankan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. SYABAS juga diucapkan kepada Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan, PTSS yang telah membantu memudahkan permohonan geran penyelidikan ini.

#ptss

#TARGS2020

#GeranPenyelidikan

Geran2

Geran3

Geran4

Tags: None

About the Author

0 Comments

You must be logged in to post comments on this site - please either log in from the Login box or from here.


No messages yet.

Recent Posts

Poll

Poll: Adakah anda pernah menggunakan perkhidmatan di UPIk PTSS

Chatbox

You must be logged in to post comments on this site - please either log in from the Login box or from here.


No messages yet.